**SILA HUBUNGI KAMI UNTUK BERIKLAN DI SINI


Tuesday, November 04, 2008

Vermikultur

Vermikultur mungkin baru bagi kita, tapi di India, mereka sudah mampu mengeluarkan kira-kira 50 ribu tan baja vermikompos dalam tempoh sebulan untuk kegunaan dunia. Namun kita tidaklah dikira ketinggalan dalam industri ini kerana berdasarkan Perjanjian Kyoto, baja jenis ini akan hanya digunakan secara total menjelang tahun 2010 / 2011 (mengikut pandangan saya) apabila penggunaan baja kimia diharamkan.
Kepada sesiapa yang hendak menceburi bidang ini seharusnya memikirkan prospek yang lebih luas berbanding dengan apa yang didedahkan dalam mana-mana kursus penternakan cacing. Penternak cacing sebenarnya merupakan pengilang baja dengan beratus ribu pekerja (cacing yang bekerja siang dan malam untuk menghasilkan baja yang berkualiti). Dalam keadaan semasa di mana harga baja semakin mahal, penternak-penternak cacing sepatutnya terlibat secara langsung dalam bidang pertanian dan penternakan. Logiknya, keuntungan yang diperoleh akan menjadi lebih tinggi. Hal ini demikian kerana penggunaan vermikompos dalam pertanian akan menjimatkan kos baik pulih tanah, kos racun serangga dan kos baja (kurang penggunaan baja selepas musim ketiga iaitu setelah tanah terawat).
Dengan cara ini, penternak akan membuka jalan yang lebih luas untuk diri sendiri dalam mengembangkan operasi perniagaan. Tidak hanya sekadar jual cacing atau baja saja malah akan menjadi penternak kambing / lembu (tidak perlu beli tinja lagi), mempunyai ladang jagung (batang jagung boleh gantikan habuk kayu) dan ladang limau nipis sebagai jaminan baja yang kita hasilkan tidak terbiar begitu sahaja. Bukankah kita mahu menjadi petani yang berjaya?
Secara teorinya, penternak cacing akan hanya menikmati hasil yang maksima selepas 2010 kerana permintaan terhadap vermikompos dijangka akan meningkat secara mendadak ketika itu. Jadi, mulalah dari sekarang agar apabila waktunya tiba, kita sudah cukup bersedia untuk meraih keuntungan!

HOME

No comments: