**SILA HUBUNGI KAMI UNTUK BERIKLAN DI SINI


Thursday, November 20, 2008

Proses Makanan Untuk Cacing


PESAN MAKANAN UNTUK CACING ANDA DARIPADA KAMI

Friday, November 07, 2008

Perbandingan NPK Baja Kimia vs NPK Baja Vermikompos

Ramai orang telah dipengaruhi dengan pemikiran bahawa baja kimia mengandungi tahap NPK yang lebih baik manakala tahap NPK dalam baja penggalak vermikompos pula adalah lebih rendah. Ini bukanlah keadaan yang sebenarnya. Kelebihan vermikompos ialah sifat semulajadinya yang melepaskan NPK secara perlahan-lahan yang boleh diserap oleh tumbuhan berbanding dengan kebanyakan baja kimia yang NPKnya akan tersimpan begitu sahaja di dalam tanah. Mempunyai NPK yang tinggi bukanlah sesuatu yang baik sekiranya NPK itu bukan dalam bentuk yang boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan.
Baja vermikompos dalam bentuk cecair pula merupakan baja semulajadi yang hidup yang penuh dengan bakteria dan enzim-enzim yang membantu meleraikan bahan-bahan organik. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa baja vermikompos mengurangkan fungus dan penyakit akar serta mengekalkan kelembahan pada tahap yang lebih tinggi.

Bacaan Tambahan:
Mississippi Agricultural and Forestry Experiment Station - baca bahagian Results and Discussion

DAPATKAN
BAJA VERMIKOMPOS ANDA
SEKARANG.
KAMI MENANTI PANGGILAN ANDA!

Thursday, November 06, 2008

Keistimewaan Vermikompos

Vermikompos ialah baja hasil teknologi pengkomposan sisa organik menggunakan cacing. Baja yang terhasil mempunyai kadar nutrien yang tinggi dan telah dibuktikan melalui kajian saintifik. Vermikompos sesuai digunakan pada pokok bunga, tumbuhan hiasan, sayur-sayuran dan juga pokok buah-buahan bagi menggalakkan perkembangan akar, pertumbuhan daun, bunga serta buah.

Vermikompos tidak menyebarkan bau busuk serta bersih dari kotoran mahupun sebarang jenis serangga perosak. Baja yang terhasil daripada tinja cacing ini amat baik untuk tanaman jenis sayuran, tanaman kontan, buah-buahan bermusim dan tidak bermusim serta tanaman hiasan. Malahan, ia juga merupakan baja yang mesra alam. Fakta penggunaan vermikompos berbanding dengan baja kimia ialah 1 nisbah 3 (1:3). Ini bermakna, penggunaan 1kg vermikompos bersamaan dengan penggunaan 3kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, makanan cacing yang terdiri daripada campuran tinja haiwan seperti kambing atau lembu dengan serbuk kayu gergaji atau sekam padi atau bahan-bahan seumpamanya perlu disediakan terlebih dahulu. Cacing kemudiannya diletakkan di bahagian atas makanan tersebut. Cacing akan bertindak sebagai pemangkin yang mengubah makanannya itu menjadi baja (vermikompos). Proses ini akan hanya mengambil masa selama 24 jam. Pun begitu, baja terpaksa mengambil sedikit masa lagi untuk menjadi matang (halus dan berwarna kehitam-hitaman).

Untuk mendapatkan baja, ianya perlu menjalani proses penapisan terlebih dahulu. Baja yang telah matang kelihatan halus, berserat dan berwarna kehitam-hitaman. Kebaikan penggunaan vermikompos ialah baja ini dapat menstabilkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah tidak akan menjadi padat akibat daripada aktiviti mikrob-mikrob yang terdapat dalam vermikompos. Hal ini akan membawa kepada penjimatan kos penyediaan tanah untuk pertanian seperti membajak.


Kandungan Vermikompos:

Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, elemen garam galian (trace element), mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, bahan pencegah serangga perosak (pest repellant) semulajadi serta penggalak pertumbuhan buah dan sebagainya.


Aplikasi Vermikompos Dalam Pertanian:


  • Untuk sayur dari jenis dedaun, gunakan 200gram untuk 1 meter persegi tanah (taburkan 60% hingga 70% vermikompos semasa membajak dan selebihnya selepas 2 minggu anak benih bercambah)

  • Untuk sayur dari jenis berbuah, gunakan 200g untuk 1 meter persegi tanah (taburkan 60% hingga 70% vermikompos semasa membajak dan selebihnya selepas 2 minggu anak benih bercambah). Kemudian 100gram untuk 1 meter persegi sebagai baja bulanan.


Faktor Penjimatan Kos Melalui Penggunaan Vermikompos:


  • Mengurangkan kos pembajakan antara musim

  • Masalah serangga perosak akan berkurangan

  • Hasil pengeluaran bertambah

  • Mutu rasa serta aroma yang lebih baik dan daya tahan (kesegaran) lebih lama

  • Penjimatan dari segi penggunaan baja selepas musim ketiga apabila kualiti tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos bertindak memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efektif.


JIMATKAN KOS
PENGURUSAN LADANG ANDA.
DAPATKAN JUGA HASIL TANAMAN YANG LEBIH BERKUALITI. MULAKANLAH DENGAN
MEMBUAT PESANAN DARIPADA KAMI.


HOME

Tuesday, November 04, 2008

Vermikultur

Vermikultur mungkin baru bagi kita, tapi di India, mereka sudah mampu mengeluarkan kira-kira 50 ribu tan baja vermikompos dalam tempoh sebulan untuk kegunaan dunia. Namun kita tidaklah dikira ketinggalan dalam industri ini kerana berdasarkan Perjanjian Kyoto, baja jenis ini akan hanya digunakan secara total menjelang tahun 2010 / 2011 (mengikut pandangan saya) apabila penggunaan baja kimia diharamkan.
Kepada sesiapa yang hendak menceburi bidang ini seharusnya memikirkan prospek yang lebih luas berbanding dengan apa yang didedahkan dalam mana-mana kursus penternakan cacing. Penternak cacing sebenarnya merupakan pengilang baja dengan beratus ribu pekerja (cacing yang bekerja siang dan malam untuk menghasilkan baja yang berkualiti). Dalam keadaan semasa di mana harga baja semakin mahal, penternak-penternak cacing sepatutnya terlibat secara langsung dalam bidang pertanian dan penternakan. Logiknya, keuntungan yang diperoleh akan menjadi lebih tinggi. Hal ini demikian kerana penggunaan vermikompos dalam pertanian akan menjimatkan kos baik pulih tanah, kos racun serangga dan kos baja (kurang penggunaan baja selepas musim ketiga iaitu setelah tanah terawat).
Dengan cara ini, penternak akan membuka jalan yang lebih luas untuk diri sendiri dalam mengembangkan operasi perniagaan. Tidak hanya sekadar jual cacing atau baja saja malah akan menjadi penternak kambing / lembu (tidak perlu beli tinja lagi), mempunyai ladang jagung (batang jagung boleh gantikan habuk kayu) dan ladang limau nipis sebagai jaminan baja yang kita hasilkan tidak terbiar begitu sahaja. Bukankah kita mahu menjadi petani yang berjaya?
Secara teorinya, penternak cacing akan hanya menikmati hasil yang maksima selepas 2010 kerana permintaan terhadap vermikompos dijangka akan meningkat secara mendadak ketika itu. Jadi, mulalah dari sekarang agar apabila waktunya tiba, kita sudah cukup bersedia untuk meraih keuntungan!

HOME

Monday, November 03, 2008

Pengenalan Kepada Syarikat Salam Agro

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008 dengan matlamat untuk mempraktikkan aktiviti pertanian. Perkembangan perniagaan Salam Agro dirangka dengan teliti agar dapat berkembang dengan optimum sejajar dengan visi syarikat. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat milik individu.